Halaman

CHATROOM KAKISEMBANG

Jika masih tidak dapat masuk ke chatroom selepas 15 saat menekan butang "CONNECT", sila refresh website ini. tq..


FAN @ FB

29/07/11

Harimau Tewas Sebab Coach ??


Perlawanan antara sang singa dan pak belang malam semalam di stadium bukit jalil berakhir seri. Namun begitu dari segi aggregate nya kita tewas sekaligus memusnahkan harapan untuk ke peringkat seterusnya yg telah didambakan sejak tahun 1974. Sejak semalam, telah ramai yang mula memberi respons mengenainya, ada yang positif dan ada yang negatif.

So, admin hari ni pun nak beri pandangan juga, walaupun bukan die hard fans bola. hehe.. Ketika perlawanan berlansung, admin berada di tempat duduk paling eksklusif! ( dpan tv je pun.. ) . Memang teruja tengok perlawanan, tapi dari secara keseluruhannya admin dapat lihat kelemahan pasukan kita bukanlah dari segi pemain, tetapi STRATEGI !

Kalau dinilai betul² dari perlawanan ini, dan sebelum²nya , admin tabik la mereka ini dari segi stamina, effort untuk dapatkan bola. Yang paling menyerlah of course la khairul fahmi. ( admin senyum sorang² dpan lappy ) Rasanya ramai yang perasan kelemahan utama kita adalah menyerang. Taktik yang sama digunakan berulang kali sejak bertahun².. Ape taktik tu?

* Dari bawah hantar ke tengah,
* Dari tengah bawak bola ke atas ikut tepi padang
* Dari bahagian atas ( tepi padang ) tunggu member² yang baru nak backup dpan goal
* Lpas to shoot bola ke arah tmpat mmber dan pasukan lawan yang dah berkumpul tu
* Lpas tu tunggu nasib la bola nak dapat kat kaki sape ( mostly kaki lawan yg shoot keluar )

Jadi salah siapa ni? Okey.. tak perlu lihat taktik permainan liverpool or mana² pasukan besar, cukup lah bandingkan dengan singapore.. lihat cara serangan mereka, bukan susah, tapi banyak try yang hampir membolosi gawang kita. Nasib ada khairul fahmi , kalau bagi dekat 'orang' tu, tatau la berapa kosong smalam. Isu ini jugak hangat diperkatakan, mengapa khairul fahmi tidak diturunkan pada perlawanan pertama.

Anda semua bijak menilai. jadi fikir² kanlah.. bukanlah admin kata coach kita tidak bagus, tetapi tak pernahkah sedetik orang² atas terfikir mungkin sudah masanya untuk membuat perubahan ? mungkin ada yang lebih bagus? Kalau ikut pada admin, nak aje ambil coach dari eropah tu, tapi to be logically, memang tidak mampu.. So, apa solution ? Bagi coach kita ni rehat setahun.. Mungkin kerana terlalu sibuk di padang, sampai tiada masa untuk review match² yang besar seperti liga inggeris, aplikasi taktik serangan mereka, jangan seperti katak bawah tempurung yang hanya menggunakan taktik serangan kita yg sama sejak dulu. ( yg umumnya semua tahu taktik paling lemah ) .

Apa pun, kita harapkan pasukan harimau kita akan terus maju pada masa hadapan. Buatlah perubahan demi kebaikan bersama. AuurmMMMmMM!!!!!!